Monday 3 October 2011

Doaku Untukmu

Tuhanku…
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku..

Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih daripada segala sesuatu..
Seorang yang akan meletakkan aku pada posisi ke-4 dalam hatinya setelah Engkau, Rasul dan Umminya..

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya..
Wajah tampan dan gaya tarik fizikal tidaklah penting  yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya..
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup..
Sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..

Seorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya memiliki otak yang cerdas..
Seorang yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku..
Seotang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga menasihatiku ketika aku berbuat salah..
Seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku..
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku setiap waktu..
Seorang yang dapat membuatku berasa sebagai wanita ketika aku disisinya..

Tuhanku..
Aku juga meminta ..
Jadikanlah aku wanita yang dapat membuatnya bangga..
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku..

No comments:

Post a Comment